Tentang kami
Cara Semak ialah perniagaan dalam talian milik Khoo Thian Fatt, berpangkalan di Malaysia. Kami membina dan menjual produk digital yang ringkas dan mudah digunakan untuk pengguna di Malaysia, termasuk lagu peribadi yang dicipta dengan bantuan AI dan alat web untuk kegunaan harian.
Semua pesanan diurus terus oleh kami, dan kami boleh dihubungi melalui WhatsApp atau emel untuk sebarang pertanyaan.
Produk & harga
Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM) dan dibayar sekali sahaja. Tiada caj langganan.
| Kisah Jadi Lagu: lagu peribadi berdasarkan kisah anda | |
| Pakej BasicSatu lagu peribadi dalam bahasa pilihan anda | RM39 |
|---|---|
| Pakej PremiumLagu peribadi dengan penyesuaian lebih terperinci | RM89 |
| Pakej VIPPakej paling lengkap untuk hadiah istimewa | RM149 |
| Jom Rekod: alat web rekod perjanjian & bayaran peribadi | |
| Akses penuhJana surat PDF, rekod bayaran dan mesej peringatan | RM8.90 |
| Cara Semak: laporan sejarah kenderaan | |
| Premium ReportLaporan sejarah kereta penuh, data sahih dan dikemaskini | RM58 |
Bahasa lagu yang ditawarkan: Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis dan Tamil. Butiran penuh setiap pakej dipaparkan di halaman produk masing-masing.
Polisi penghantaran
Semua produk kami adalah digital. Tiada barang fizikal dihantar dan tiada caj penghantaran.
Jom Rekod
Kod akses dihantar melalui WhatsApp atau emel dalam masa 24 jam selepas bayaran disahkan.
Kisah Jadi Lagu
Lagu disiapkan dan dihantar melalui WhatsApp atau emel dalam masa 3 hingga 7 hari bekerja selepas bayaran disahkan dan semua maklumat kisah anda lengkap diterima.
Cara Semak
Laporan sejarah kenderaan diproses secara manual dan dihantar melalui WhatsApp dan emel selepas bayaran disahkan.
Jika produk belum diterima
Hubungi kami dengan resit bayaran anda. Kami akan menyemak dan menghantar semula dalam masa 1 hari bekerja.
Polisi bayaran balik
Oleh kerana produk kami adalah digital dan dibuat khas, bayaran balik hanya diberi dalam situasi yang disenaraikan di bawah.
Anda layak mendapat bayaran balik penuh jika:
- Produk tidak dihantar dalam tempoh yang dinyatakan dalam polisi penghantaran, dan anda belum menerimanya selepas menghubungi kami.
- Anda terbayar dua kali untuk pesanan yang sama.
- Kod akses tidak berfungsi dan kami tidak dapat membaikinya dalam masa 3 hari bekerja.
Bayaran balik tidak diberi jika:
- Kod akses atau produk digital telah dihantar dan berfungsi seperti yang diterangkan.
- Lagu peribadi telah siap dicipta berdasarkan maklumat yang anda berikan.
- Anda berubah fikiran selepas produk dihantar.
Cara memohon
Hantar nama, tarikh bayaran, nombor rujukan transaksi dan sebab permohonan melalui WhatsApp atau emel dalam tempoh 7 hari dari tarikh bayaran. Bayaran balik yang diluluskan akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam masa 7 hingga 14 hari bekerja.
Bagi Kisah Jadi Lagu, kami menawarkan pembetulan pada lirik atau nama yang salah ejaan sebelum menimbang bayaran balik.
Privasi
Kami hanya mengumpul maklumat yang diperlukan untuk memproses pesanan anda, seperti nama, nombor telefon, emel dan kisah yang anda kongsikan untuk lagu. Maklumat ini tidak dijual atau dikongsi dengan pihak ketiga, kecuali penyedia pembayaran yang memproses transaksi anda.
Bayaran diproses dengan selamat oleh gerbang pembayaran berlesen. Kami tidak menyimpan butiran akaun bank atau kad anda.
Hubungi kami
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang. Mesej di luar waktu ini dibalas pada hari bekerja berikutnya.
WhatsApp kami